Assalamualaikum. ;)
Harinie aku dengan bangganya nak introduce korang dengan lebih dekat tentang tempat praktikal aku nie. Dah nak habis praktikal baru teringin nak cerita kan. Hampeh betul. HAHA. Takpe takpe, at least still ada niat nak cerita kat korang. Hehehe.
aku praktikal sini! :3
Macam yang korang tau lah, major function PICC nie adalah menyediakan dewan dewan yang sesuai untuk disewa kepada orang ramai. Selalunya pelanggan setia PICC nie adalah terdiri daripada pihak kerajaan dan swasta yang nak jalankan event dorang kat sini. Kalau orang-orang biasa pulak, biasanya dorang booking untuk buat wedding atau makan-makan.
Selain dewan, kemudahan lain yang disediakan adalah Audiovisual, Logistik, F&B, dan Hiasan Dewan. Semua rate harga adalah berlainan ikut size dewan dan bilik yang disewa. Yang tak berubah cuma harga F&B. Makna kata, harga F&B akan effect bila ada penambahan atau pengurangan pax sahaja.
Sekarang nie, apa kata aku tunjukkan pulak dewan-dewan yang PICC sediakan untuk kemudahan pelanggan. ;)
1. Dewan Plenari. (dewan yang paling besar)
Dewan Plenari nie adalah dewan yang paling besar di PICC. Susunan kerusi memang permanent iaitu teater style. Dewan nie boleh memuatkan maksimum 3000pax. Selalunya dewan nie digunakan untuk konvokesyen universiti-universiti ataupon kolej. Dewan nie jugak ada 2 skrin yang sangat besar. Antara event yang pernah buat kat dewan nie, mestilah Festival Filem Malaysia 24 baru-baru nie. I pergi kott. Ngahaha. Ohh, Sambutan Maal Hijrah pon dibuat disini.
2. Dewan Perdana.
Dewan Perdana pulak dewan kedua yang terbesar after dewan Plenari. Maksimum pax, 2800pax. Kalau nak tau, dewan nie paling famous untuk para pengantin yang nak melangsungkan wedding dorang kat PICC nieh. Ada pelanggan yang panggil dewan Perdana nie ballroom. HAHAHA. Mula-mula aku yang pelik, bila masa pulak PICC ada ballroom. Rupanya itu gelaran pelanggan untuk dewan nie sebab hiasan dewan nie memang sesuai lah kalau nak digelar ballroom.
3. Dewan A & B (Unity Hall)
Dewan nie pulak dipanggil Unity Hall atau Dewan A dan B. Dewan nie sama saiz. Yang bestnya, dewan nie boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Sebijik dewan yang penuh boleh muat sehingga 1000pax. Separuh dewan dalam 500pax. Kalau nak divide dewan, partition akan dibukak. And bila dah dibukak, partition tu akan berubah corak. Menarik menarik. Dewan nie pernah ditempah oleh budak-budak sekolah menengah yang nak buat prom night. Hah, METROJAYA SALES dulu pon guna dewan nie. ;)
4. Head of State
Haaa, apa yang istimewanya dewan nie adalah kecantikan chandelier nya. Head of State nie memang famous untuk meeting meeting bertaraf international and melibatkan negara asing. Sebab tempat nie eksklusif sikit dan jauh dari orang. Selalunya VVIP meeting sini lah. Kat foyer Head of State nie pulak ada pemandangan yang menarik iaitu korang boleh nampak Pejabat Perdana Menteri betul betul berhadapan dengan PICC. Stacy pon buat video klip Kasanova kat tempat nie lah. Tapi time dia buat tu dah gelap jadi tak nampak sangat lah. Dulu ada pelancong Korea yang datang melawat PICC and dia request nak pergi sini sebab nak tengok JPM tu. Dorang suka tengok pemandangan dari PICC. ;)
Dewan dewan lain yang ada ialah :
5. Dewan 1-10
6. Meeting Room.
Sorry lah, gambar-gambar tak berapa nak cantik sebab aku amik google punya. So ada yang pecah-pecah. Kalau aku sendiri yang tangkap gambar tu, maybe semua cantik-cantik. HAHA. Dannn, itu je sedikit sebanyak yang aku nak story pasal tempat kerja aku. Heee.
Ohh, mak aku teringin nak masuk sini. Dulu dengar jugak dia dok sebut-sebut nak masuk sini cuma taktau boleh ke tak. Suddenly aku dapat sini and kalau ada rezeki, aku nak bawak mak jalan-jalan sini sebab my mom tengah ada kat Putrajaya sekarang nie! Walaweyh. HAHA.
So, kawan-kawanku yang tengah praktikal tu, berbangga lah dengan tempat praktikal korang hokay! ;D







2 orang tengah senget kat sini:
selamat berpraktikal...tak penah masuk pon kat PICC..hee~
ley dpt kiskuan iker??
Post a Comment