::: MEH TINGGALKAN LINK KORANG KAT SINI, NANTI CIK MARY JEJAK BALIK :::

Meh Tinggalkan Link Korang Kat Sini ;)

::: Jiran Sebelah Tingkap : AKUWANBLUR90 :::

Tuesday, January 17, 2012

PKP lagi. ;)

Hai hai hai.


Harinie aku nak story sikit pasal unit baru aku nieh. Semalam tu story sikit je kan. Lagipun kena kumpul cerita hari pertama, baru banyak sikit boleh story. HAHA.


Hari first tu, pagi - pagi je tak ada kerja kecuali jawab call. Petang sikit aku kena rotate jaga console atas, ataupon orang panggil kaunter reception. 


Semalam tak ada kerja sangat atas tu. Tapi aku kena jawab pertanyaan daripada orang - orang luar lah. Lagipun ada rehearsal kat Dewan 10 dan jugak Dewan 6 - 7 untuk event workshop anjuran PEMANDU. Jadi agak ramai lah orang yang keluar masuk. 


Tak terkecuali pelancong - pelancong asing yang singgah PICC. Semalam ada pelancong dari India. And dorang request nak ambik gambar dengan aku. =.= HAHAHA. Aku pon apa lagi, senyum jela kan. Takkan lah nak hampakan dorang pulak. Jauh tu datang. Hehehe. Then ada adik - adik dari sekolah agama mana tah yang datang melawat. Ramah - ramah. Yang perempuan, asal bertembung dengan aku je mesti cakap, 

"Hai kak." 

"Assalamualaikum kak".


Bagus betul. Didikan yang berkesan. ;)


Secara generalnya, pagi aku akan jaga bahagian bawah. Lepas lunch pulak aku kena jaga bahagian atas. Macam tu lah rutin aku sepanjang kat PKP nieh. Jaga atas nie yang bestnya bila ada orang datang je. Bila dok layan - layan tu tak adalah mengantuk sangat. HAHA.


Sekarang nie, jom aku bawak korang usha sikit unit PKP nie. Unit nie agak terpencil sikit and jauh dari khalayak ramai. Huuu.


 Faiz buat - buat sibok


 Inilah telefon yang digunakan untuk jawab call tu
macam komputer je kan? HAHA


 Ruang untuk berehat


Ini aktiviti harian
HAHA



Dah dah, itu je gambarnya. HAHA. Gambar aku tak ada sebab aku malas nak tempek. Rasa malu pulak. Kehkeh.


So, yang boleh aku conclude based on hari pertama, semua okay. Tak adalah benda - benda yang tak best kat unit nie. Nanti - nanti taktau lah macam mana kan. ;)




notaCikMary :
- Terkejut aku bila ada client call nak jumpa. =.=





::: Duit Kawen 2 ;p :::